ALLAH TAALA MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DI KEHENDAKINYA

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

Jumaat, 14 Ogos 2009

Surat untuk mereka yang membataskan apa yang harus bagi Allah...

Alhamdulillah segala pujian-pujian hanya layak untuk ALLAH yang maha berkuasa atas segala sesuatu, mempunyai kurnia yang maha besar dan dikurnianya kepada sesiapa yang dikehendaki. Barangsaiapa yang beroleh kurnia ALLAH maka beruntunglah ia dan barangsiapa yang dibiarkan ALLAH maka celakalah ia. Sesungguhnya kepada ALLAH kembali segala urusan.

Selawat dan salam atas Rasul junjungan ikutan sepanjang zaman, membawa rahmat ke seluruh alam, telah membentangkan jalan yang benar lagi lurus, tiada kesamaran dan kekeliruan lagi pada risalah yang disampai samada yang ghaib ataupun yang nyata. Selamat dan sejahtera barangsiapa yang mengikuti jejak Rasul. Selawat dan salam juga buat keluarga baginda, para sahabat-sahabat yang mulia dan seluruh pengikut-pengikut yang mengikuti jejak baginda hingga ke hari kemudian.

Firman Allah SWT.

[8] Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. - Surah Fatir ayat 8.



Wahai orang yang berpura-pura....

Wahai orang yang jahil dengan ALLAH, janganlah sekali-kali kamu menghadkan dan membataskan ALLAH dengan akal fikiranmu dan ilmumu. Sesungguhnya ALLAH itu bebas mutlak tidak terikat dan tertakluk oleh sesuatu, sebab, had, batas dan makhluk. Sesungguhnya makhluk itulah terhad dan terbatas dan tertakluk oleh ALLAH. Janganlah kamu mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu, jangan pula kamu berkata sesuatu yang tiada padamu pengetahuan tentangnya, apatah lagi janganlah kamu berkata sesuatu yang tidak kamu amalkan dan bukan menjadi pekaianmu. Takutlah kamu kepada kemurkaan ALLAH terhadap mereka yang berkata sesuatu tetapi tidak mengamalkan, dan laknat ALLAH terhadap mereka yang dusta.

Apakah kamu tidak membaca dan memamahami akan ayat-ayat ALLAH dan hadis-hadis Nabi serta ijma’ ulama’ bahawa ALLAH yang menentukan rahmat pada sesiapa yang dikehendaki, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh. Apakah engkau tidak mengerti dan tiada padamu pengetahuan tentang perkara itu, iaitu ALLAH Tuhan sekalian alam bebas mutlak tiada sekatan, hak, sebab, illat dan lain-lain untuk memberi petunjuk dan rahmatNYA kepada sesiapa yang dikehendaki.

Wahai orang yang mengaku alim ...

Janganlah kamu menunjuk dirimu alim sedangkan kamu jahil dengan ALLAH, ilmu yang dikurnia padamu hanyalah ujian padamu. Janganlah berlagak dan berpura-pura alim sedangkan kata-kata dan perbuatanmu menzahirkan dirimu buta dan jahil dengan ALLAH. Apakah telah sampai ilmu dan pengetahuan padamu dari ALLAH sehingga engkau mendakwa untuk sampai kepada ALLAH (sempurna makrifat) perlu dan wajib ada salsilah. Apakah kamu mengkaji dan merujuk kepada mereka yang telah sampai pada ALLAH bahawa untuk mendapat dan beroleh sampai pada ALLAH perlu dan wajib kepada salsilah. Jika benar demikian tunjukkan padaku orangnya, yakni orang yang telah sampai pada ALLAH yang mendakwa untuk sampai kepada makrifatullah itu perlu dan wajib ada salsilah. Atau apakah kamu hanya baca dan rujuk orang-orang yang terkapai-kapai dan teraba-raba yang belum sampai kepada ALLAH, atau kamu hanya menagak-agak kata-kata orang dahulu dan membuat tafsiran mengikut nafsumu yang jahat itu.

Kamu membuat dakwaan yang tiada asas, kamu dakwa untuk sampai kepada ALLAH perlu kepada thoriqat yang ada salsilah, kamu membabitkan thareqat-thareqat besar zaman dahulu dimana mereka itu adalah orang-orang alim hakiki, yang mempunyai salsilah. Apakah kamu tidak lihat hari ini berapa ramai guru-guru thareqat yang mempunyai salsilah masih terumbang ambing, teraba-raba, di lautan kesyirikan, kemunafikan dan kebathilan. Mereka masih berjalan belum lagi sampai kepada tempat tujuan iaitu makrifatullah yang sebenar. Kebanyakan mereka masih jauh daripada makrifat yang sempurna dan masih di dalam kegelapan, amal perbuatan, kata-kata dan hati jauh daripada sifat-saifat orang yang arif dengan Tuhan. Mereka masih belum merdeka, hati masih terpaut dan terikat dengan makhluk, amal perbuatan bercanggah dan berlawanan dengan kata-kata. Fasih di lidah dan kata-kata, alim hanya pada beribu kitab tetapi hati buta dan dusta. Terdapat juga mereka yang ada salsilah thareqat dan mendakwa thareqat yang dibawa benar dan hak tetapi menjadi kuda tunggangan kerajaan, mengampu dan menjilat-jilat tangan kerajaan yang jelas melawan dan menentang hukum-hukum ALLAH, Tuhan Sekalian Alam.

Sekiranya telah engkau temui dan berjumpa seseorang yang mengamalkan Tareqat yang ada salsilah dan mereka itu telah pun sampai kehadrat ALLAH pada zaman ini , tunjukkan kepadaku orang itu supaya dapat aku bertanya dan mengambil manafaat padanya. Atau engkau sendiri yang kau rasa telah sampai, datanglah pada ku dan khabarkan padaku bagaimana jalan dan sampai itu?

Marilah aku khabarkan padamu sesuatu ilmu yang dikurnia ALLAH padaku, supaya aku dan engkau dapat kenal dan dapat membezakan orang yang benar-benar sampai dan orang yang pura-pura lagi dusta. Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar sampai kehadrat ALLAH itu, mereka orang yang menjadi hamba ALLAH semata-mata dan tidak lagi menjadi hamba makhluk. Tidak sembah, terikat dan tertakhluk pada selain ALLAH, mereka bebas dan hanya menjadi alat dan perkakas ALLAH. Mereka bukan alat manusia untuk mancari publisiti, nama, pengaruh dan lain-lain. Mereka yang arif dengan ALLAH, ilmu ugama yang dikurnia ALLAH bukan untuk dibuat mencari makan, pangkat, nama, menjadi popular dan mengharap upah dan gaji daripada manusia yang tidak punya apa-apa. Bukan juga buat cari nama untuk popular supaya manusia memuja dan memberi penghormatan dan kemuliaan. Orang yang kenal ALLAH tak mungkin mencari makan minum dengan makhluk dan mengharapkan upah , gaji dan pencen sahaja. Mereka yang benar-benar kenal ALLAH makan-minum mereka bulat daripada ALLAH melalui tangan tawakkal sebagaimana yang berlaku kepada orang-orang arif dan orang alim zaman dahulu.




Akan ada di sepanjang zaman orang-orang yang mewarisi Rasul ....
Insya Allah.... Insya Allah... Insya Allah.
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

khazanah islam

SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUBI. WAKIL TUHAN SEMENJAK 1400 HIJRAH


neocounter

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template