ALLAH TAALA MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DI KEHENDAKINYA

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

Khamis, 12 November 2009





BATAS-BATAS IMAN DAN KUFUR

Agama Islam adalah satu-satunya agama yang diakui dan diterima disisi Allah Tuhan Sekalian Alam. Maka, tiap-tiap orang Islam itu hendaklah bersyukur kerana telah menerima taufiq daripada Allah Taala menjadi seorang yang beragama Islam. Maka tiap-tiap seorang mukmin itu sentiasa memeriksa iktiqad dirinya dahulu sebelum datangnya maut. Mudah-mudahan jika ada tersalah silap ia, nescaya dapat dikembalikan kepada yang sebenarnya.



Sesungguhnya agama yang sebenar disisi Allah ialah agama Islam.”
Ayat 19-al Imran.

“Dan telah berwasiat pula (nabi) Ibrahim kepada anak cucunya dan juga (nabi) Yaakub: Hai anak-anakku.. Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini (Islam) untuk kamu maka janganlah sampai kamu mati melainkan di dalam agama Islam.” Ayat 132-al Baqarah.

“Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam maka tidak akan diterima
daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”

Ayat 85-al Imran

Maka tiap-tiap orang yang mengaku dirinya beragama Islam wajiblah menjaga iman dan Islamnya itu daripada sebarang iktiqad atau perkataan atau perbuatan yang boleh membatalkan iman dan Islamnya. Dan dengan demikian itu, seseorang boleh menjadi murtad atau terkeluar dari agama Islam. Sesungguhnya murtad adalah satu jenayah yang amat besar.

Maka jelaslah bahawa murtad itu tidak boleh dipandang kecil sebagai masalah perseorangan sahaja tetapi soal umat Islam seluruhnya yang wajib dicegah dan dihapuskan oleh pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab menjalankannya.

Ketahuilah wahai saudaraku..!

Maka tidak sah perkahwinan orang yang murtad. Samada ia sendiri kahwin atau dikahwini atau
mengahwinkan orang lain. Bahkan isterinya atau suaminya wajib dipisahkan daripadanya. Dan haram hukumnya memakan haiwan sembelihannya dan tidak boleh menerima pusaka dan tidak boleh dipusakai bahkan semua hartanya dimasukkan ke dalam baitulmal.

Dan apabila telah murtad seseorang itu nescaya wajiblah atas pemeritah menyuruhnya bertaubat dan sekiranya enggan taubat, mereka akan dibunuh dipotong leher dengan pedang dan haram disembahyangkan atasnya dan tidak ditanam diperkuburan orang Islam.

Dan orang-orang yang murtad itu adalah hukumnya wajib diperangi.


“Sesiapa yang menukar agama Islamnya hendaklah kamu membunuhnya.”
Hadis-dari ibnu Abbas.


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN DAN ISLAM

Perkara-perkara yang menjadikan seorang itu murtad samada iktiqadnya atau perkataannya atau perbuatannya:

Iktiqad murtad:

-Iktiqad bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya atau alam ini kekal selama-lamanya.

-Iktiqad bahawa Pencipta alam ini baharu atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu atau mempunyai anak isteri atau berbilang-bilang atau menerima mati dan sebagainya.

-Iktiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW atau iktiqad bahawa Nabi Muhammad SAW yang sebenarnya ialah yang disebut Muhammad Batin bukan Muhammad yang zahir itu atau iktiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW untuk kaum arab sahaja. Atau iktiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sudah lapuk tidak sesuai digunapakai lagi di zaman ini. Mengingkari mana-mana Rasul Tuhan atau iktiqad bahawa ada lagi nabi atau rasul Allah selepas Nabi Muhammad SAW dan seumpamanya itu.

-Iktiqad bahawa tidak ada dosa atau pahala, syurga atau neraka, tidak dibangkitkan semula sesudah mati, tidak ada hari qiamat, hari akhirat, mahsyar, mizan dan seumpamanya.

-Iktiqad bahawa ruh orang mati/hidup boleh berpindah-pindah dari satu tubuh ketubuh yang lain.

-Iktiqad agama lain adalah lebih baik dari Islam.

-Ragu-ragu dengan aqidah Islam.

-Berniat atau bercita-cita keluar dari agama Islam dan yang seumpamanya dengan hal tersebut.

Dan banyak lagi…(sila rujuk kitab!)

Kata-kata murtad:

Perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendahkan, mengejek, permain-mainkan nama Allah, sifat-sifat Allah, malaikat-malaikat, rasul-rasul dan kitab-kitab Allah dan hukum-hakamNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya.

Antara contoh kata-kata murtad:-

1. Hukum apa ini.? Hukum begini sudah lapuk..!

2. Zaman sekarang tidak patut diharamkan riba’ kerana boleh menghalang kemajuan…

3. Zaman moden orang perempuan tidak perlu bungkus-bungkus tubuh lagi..!

4. Berzina suka sama suka tidak apa..

5. Minum arak sedikit untuk sihat badan, tak mengapa..

6. Boleh berjudi kalau sudah masing-masing sanggup tanggung risiko..

7. Sampai kiamat tak maju kalau nak ikut hukum-hukum agama..

8. Banyak lagi.. sila rujuk kitab.


Perbuatan Jadi Murtad:

Setiap apa-apa perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagongkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesarkan dan mengagungkan Allah seperti sujud kepada makhluk walaupun tidak berniat menyembahnya atau tunduk pada makhluk sehingga melebihi had ruku’ dan tahu pula akan dia tentang haramnya.

Contoh:-

1. Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang kafir seperti ibadat orang kafir.

2. Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah.

3. Perbuatan menghinakan Al-Quran, hadis nabi, nama-nama Allah dan seumpamanya dengan tidak meletakkan pada tempat yang sepatutnya.

4. Meninggalkan sembahyang fardu kerana mengingkari sembahyang itu wajib dikerjakan. (tidak wajib bagi dirinya).

5. Khianat agama atau merobohkan tempat ibadat orang Islam (masjid, surau dll) dengan niat jahat.

6. Menghalalkan perkara yang jelas haram. Dan mengharamkan perkara yang halal. Meminda-minda hukum Islam atau bersetuju atau menyokong terhadap mereka.

7. Ubahsuai agama Islam atau nama agama Islam selain Islam atau sebagainya.

Banyak lagi.. rujuk kitab.




“Beri amaran dan mengingatkan sesiapa yang berbalik menjadi kafir(murtad) setelah ia percayakan keEsaan Allah Ta’ala dan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kebenaran perkara-perkara yang disampaikan oleh RasulNya. Maka tidaklah ada harapan bahawa orang itu akan dibalas baik oleh Allah Ta’ala bahkan dikutukinya(dilaknati)dan dikenakannya azab seksa yang berkekalan selama-lamanya. Kecuali ia bertaubat dan kembali kepada agama Islam serta memperbaiki segala apa yang telah merosakkan iman dan Islamnya itu.”
Maksud ayat 86-89 al-Imran.

“Kemudian dari itu, akibat orang-orang yang mengerjakan kejahatanitu adalah kejahatan pula kerana mereka mendustakan keterangan-keterangan Allah dan mereka biasa memperolok-olokkannya,”
Ayat 11-ar Rum.


Hai.. saudaraku, Maka jaga-jagalah akan iktiqadmu dan perbuatanmu dan perkataanmu. Sesungguhnya sesiapa yang cintakan keselamatan dan kebahagiaan dirinya dan agamanya, maka jangan sekali-kali mendekati apalagi melakukan sebarang perkara yang hukumnya menjadi murtad.

Dan bertaubatlah daripada dosa-dosa besar seperti zina dan minum arak dan berjudi dan membunuh dan menderhaka pada ibubapa dan menzalimi orang lain dan sebagainya.

Dan wajiblah kita berpegang pada hukum yang 7 iaitu:-

Wajib, Haram, Sunat, Harus, Makruh, Sah dan Batal didalam setiap gerakgeri hidup kita.
Dan moga-moga Allah Ta’ala melimpahkan rahmatNya kepada kita dan di selamatkan kita dengan taufiq dan hidayahNya.

Tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan pertolongan Allah.

Segala puja puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam….


WaAllahu a’lam..


Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

khazanah islam

SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUBI. WAKIL TUHAN SEMENJAK 1400 HIJRAH


neocounter

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template