ALLAH TAALA MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DI KEHENDAKINYA

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

Jumaat, 18 Jun 2010

SYARAHAN KETUJUH PULUH TIGA



Kadang-kadang Allah memberitahu kepada WaliNya tentang kesalahan seseorang lain, sama ada berkenaan perkataan, perbuatan, fikiran atau niat seseorang itu. Oleh itu Allah memasukkan ke hati waliNya itu rasa ingin mempertahankan keagungan dan kedaulatan Tuhannya, nabinya dan agamanya. Api kemarahan zahir dan batin mereka meluap-luap dengan perasaan hendak membela Tuhannya, nabinya dan agamanya.

Macam mana kesenangan dapat di rasai jika penyakit masih ada zahir dan batin, dan macam mana tauhid dapat di capai jika masih ada kecenderungan untuk mempersekutukan Allah yang boleh membawa kepada kufur dan menjauhkan seseorang itu dari Allah. Bukankah ini sikap yang di punyai oleh musuh, iaitu iblis yang di laknati Allah, dan sikap yang dipunyai orang-orang munafik yang bakal akan di campakkan ke neraka yang paling bawah dan kekal di dalamnya?

Maka kerana itulah Allah menzahirkan melalui lidah wali-waliNya tentang kepalsuan mereka itu, tentang kejahatan mereka itu, dan betapa bohongnya kata-kata mereka itu yang mengatakan mereka menpunyai peringkat kerohanian orang-orang yang benar (siddiqin), dan sikap mereka hendak melawan orang-orang yang fana’ dalam taqdir Allah, dan mengatakan yang mereka objek yang terakhir bagi Allah.

Wali-wali ini melakukan itu, kerana memelihara keagungan Allah Yang Maha Besar, ataupun untuk menyalahkan orang-orang yang berbohong itu sebagai satu nasihat bagi mereka, ataupun untuk menunjukkan kekuasaan Allah Yang Maha Gagah, dan menunjukkan kemurkaan Allah terhadap mereka yang membohongi kebenaran wali-wali Allah itu. Maka oleh itu, wali itu di tuduh memfitnahkan orang yang berkenaan. Maka di tanya : “ Adakah wali itu di benarkan memfitnahkan seseorang pada hal dia di larang berbuat demikian ? Bolehkah dia bercakap tentang seseorang, yang hadir atau tidak hadir, sesuatu yang tidak di ketahui oleh orang ramai?”
Sebenarnya perlakuan wali-wali yang bersikap demikian itu termasuk dalam
firman Allah:




Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Al- Baqarah, ayat 219.


Pada zahirnya kritik terhadap wali-wali itu ialah menunjukkan ketidakpatuhan seseorang tetapi pada hakikatnya ialah menimbulkan kemurkaan Allah. Orang yang membantah kebenaran wali-wali ialah orang yang bingung dan sesat. Oleh itu, janganlah di bantah mereka, tetapi sebaliknya hendaklah diamkan diri fikirkan dulu dan cari kebenarannya dalam syariat. Jangan di bantah kerja Allah da waliNya yang mengeluarkan kata-kata tajam yang mendedahkan kepalsuan orang-orang yang berbohong. Jika seseorang itu tidak membantah mereka, maka itu lebih baik dan tidaklah timbul kejahatan dalam hati itu dan itu di anggap sebagai taubatnya dan kembali dari lembah kejahilan dan kesesatannya.

Kata-kata wali Allah itu adalah sebagai satu serangan terhadap orang-orang yang berbohong dan juga itu adalah satu kebaikan atau faedah kepada orang-orang yang sombong, yang hampir akan binasa kerana kesombongan dam ingkar kepada Allah. Sesungguhnya Allah membimbing siapa sahaja yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus dan benar.
Wallahualam.
-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Futhul Ghaib.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

khazanah islam

SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUBI. WAKIL TUHAN SEMENJAK 1400 HIJRAH


neocounter

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template