ALLAH TAALA MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DI KEHENDAKINYA

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

Sabtu, 1 Januari 2011

ڤرلوڽ ممڤلاجري علمو اساس فرض عين سبلوم برتصوف

امام مالك رضي الله عنه مڠوڠکڤ:

"سياڤا ممڤلاجري تصوف تنڤا فقه، دي کافير زينديق،
سياڤا يڠ ممڤلاجري فقه تنڤا تصوف، دي فاسيق،
سياڤا يڠ مڠهيمڤونکن کدوا-دواڽ نسچاي دي تهقيق"

ابن اجيبه برکات:
"اورڠ يڠ ممڤلاجري تصوف تنڤا فقه منجادي کافير زينديق کران دي مڠوچڤ دڠن چارا ترڤقسا تنڤا مڠتاهوءي حکمه دان حکوم-حکومڽ. مانکالا اورڠ يڠ بلاجر فقه سهاج تنڤا تصوف منجادي فاسيق کران دي برعمل تنڤا ممبريکن سڤنوه تومڤوان، هاتي دان ڤراسانڽ کڤد الله. اين مڽببکن عمالنڽ تيدق إخلاص"

ڤرلوله د کتاهوءي بهاواسڽ علمو تصوف ايت چندروڠ کڤد اخلاق دان ڤرکارا-ڤرکارا باطين. اياڽ باڽق ممبينچڠکن تنتڠ ڤرکارا-ڤرکارا يڠ غائب، يعني يڠ تيدق ترظاهير ملالوءي ڤنداڠن مات ظاهير. سواتو علمو يڠ تيدق د ڤروليهي دڠن باچأن کتاب، بهکن اياڽ هاڽ برکهندقکن ڤرکتيکل سمات-مات، باروله داڤت مراسايڽ.

جوسترو، بارڠسياڤا يڠ ايڠين ممڤلاجاري علمو تصوف، تيدق داڤت تيدق، کناله مڠهابيسکن جوݢ علمو فرض عين يڠ لاين يڠ برکاءيتن دڠن عباده، دان توحيد کيت، اݢر عباده دان اعتقاد کيت د تريما اوليه الله مڠيکوت حکوم يڠ د تتڤکن علماء فقه، دان علماء أصول الدين، اݢر کيت تيدق ترڤيسوڠ دري عقيدة اهلي سنه ول جماعه.

اين کران، بارڠ يڠ ترکندوڠ د دالم علمو تصوف باڽق ممبينچڠکن حال-حال ڤرکارا يڠ تيدق ترنمڤق اوليه ڤنداڠن مات ظاهير، د تاکوتي کيت تردڤديا دڠن بيسيقن دان هاسوتن دري شيطان دان نفسو. بهکن علمو فقه دان أصول الدين جوݢله يڠ توروت ممبنتو کيت دالم مماݢري تيڤو داي شيطان د دالم برتصوف. سداڠکن يڠ مڽلامتکن کيت سموا حقيقتڽ اداله الله، نامون اسبابڽ علمو. يعني علمو يڠ د واجبکن اوليه اسلام اونتوق ممڤلاجريڽ اتس تياڤ-تياڤ سأورڠ اسلام يڠ برعقل لاݢي سمڤأي عمور. علمو فرض عين..

د سمڤيڠ ايت، نصيحة شيخ کامي جوݢ، ڤرلوله د امبيل برت جوݢ تنتڠ علمو تجويد دان مخراج باچان يڠ سلالو کيت عملکن کتيک باچأن صلاة دان عباده يڠ برکاءيتن دڠنڽ، اݢر کيت تاهو دان يقين باچان يڠ کيت عملکن د دالم صلاة ايت سڤرتي يڠ د ايڠينکن شريعة اسلام. کران، باچان يڠ ترکندوڠ د دالم صلاة اد يڠ منجادي روکون د دالم سمبهيڠ، اڤبيلا تيدق صح باچأن روکون ترسبوت، تيدق صح جوݢله روکون قولي ترسبوت. دان اڤبيلا تيدق صح ساله ساتو روکون درڤد روکون سمبهيڠ مک تيدق صح جوݢله سمبهيڠ. نامون، شريعة کيت تيدقله ممبراتي چارا باچأن مستيله ڤرسيس دان سمڤورنا سڤرتي ليده اورڠ عرب، هاڽله جاڠن سمڤأي لاري معنى باچان کيت دالم صلاة ترسبوت. دان اين تق داڤت تيدق جوݢ واجب ممڤلاجريڽ ستاکت يڠ د واجبکن شرع.

کات شيخ الدرقوى دالم ريسالهڽ کڤد موريدڽ:

جکالاو اڠکاو مڠکهندقي ڤرجالننمو د ڤينديقکن سوڤاي سݢرا اڠکاو سمڤأي کڤد تهقيق اتاو منچاڤأي کسدران روحانيه، مک هندقله اڠکاو برڤݢڠ تݢوه کڤد سݢالا عملن يڠ فرض دان کڤد سأݢالا عملن يڠ سنة. ڤلاجريله علمو ظاهير ستاکت يڠ تق داڤت تيدق ﴿يعني فرض عين﴾ اونتوق برعبادة کڤد الله، تتاڤي جاڠن بيلاڠه-لڠاه مڠهابيسکن وقتو ڤدڽ، کران اڠکاو تياد د کهندقي ممڤلاجريڽ سچارا مندالم، اڤ يڠ ڤرلو باݢيمو اياله بهاوا اڠکاو ممڤردالمي علمو باطين ﴿علمو سلوق بلوق هاتي اتاو علمو جالن ک اخيرة اتاو علمو تصوف﴾. لاونله هاوا نفسومو، نسچاي اڠکاو ا کن مليهت ڤلباݢاي کعجاءيبن. بودي ڤکرتي يڠ مليا تياد لاين ملاءينکن تصوف قوم صوفي، سباݢايمان اياڽ اݢام باݢي اورڠ يڠ برڤݢڠ کڤد اݢام. "سموݢا لعنة الله له كأتس اورڠ-اورڠ يڠ بردوستا"


فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ


- والله اعلم

Perlunya mempelajari ilmu asas fardhu ain sebelum bertasauf. Biar tauhid serba Tuhan syariat jangan lintang-pukang.


Imam Malik r.a mengungkap:

"Siapa mempelajari tasauf tanpa fekah, dia kafir zindik,

Siapa yang mempelajari fekah tanpa tasauf, dia fasiq,

Siapa yang menghimpunkan kedue-duanya nescaya dia tahkik."


Ibnu Ajibah berkata:

"Orang yang mempelajari tasauf tanpa fekah menjadikafir zindik kerana dia mengucap dengan cara terpaksa tanpa mengetahui hikmah dan hukum-hukumnya. Manakala orang yang belajar fekah sahaja tanpa tasauf menjadi fasik kerana dia beramal tanpa memberikan sepenuh tumpuan, hati dan perasaannya kepa.da Allah. Ini menyebabkan amalannya tidak ikhlas."


Perlulah di ketahui bahawasanya ilmu Tasauf itu cenderung kepada akhlak dan perkara-perkara batin. Ianya banyak membincangkan tentang perkara-perkara yang ghaib, yakni yang tidak terzahir melalui pandanngan mata zahir. Suatu ilmu yang tidak di perolehi dengan bacaan kitab, bahkan ianya hanya berkehendakkan praktikal semata-mata., barulah dapat merasainya.


Justeru, barangsiapa yang ingin mempepalajari ilmu Tasauf, tidak dapat tidak, kenalah menghabiskan juga ilmu fardhu ain yang lain yang berkaitan dengan ibadah, dan tauhid kita, agar ibadah dan iktiqad kita di terima oleh Allah mengikut hukum yang di tetapkan ulama fekah, dan ulama usuluddin, agar kita tidak terpesong dari aqidah ahli Sunnah wal jamaah.


Ini kerana, barang yang terkandung di dalam ilmu Tasauf banyak membincangkan hal-hal perkara yang tidak ternampak oleh pandangan mata zahir, di takuti kita terdpedaya dengan bisikan dan hasutan dari syaitan dan nafsu. Bahkan ilmu fekah dan Usuluddin jugalah yang turut membantu kita dalam memagari tipu daya syaitan di dalam bertasauf. Sedangkan yang menyelamatkan kita semua hakikatnya adalah Allah, namun asbabnya Ilmu. Yakni ilmu yang di wajibkan oleh Islam untuk mempelajarinya atas tiap-tiap seorang Islam yang mukallah. Ilmu fardhu ain.


Di samping itu, nasihat Syeikh kami juga, perlulah di ambil berat juga tentang ilmu tajwid dan makhraj bacaan yang selalu kita amalkan ketika bacaan solat dan ibadah yang berkaitan dengannya, agar kita tahu dan yakin bacaan yang kita amalkan di dalam solat itu seperti yang di inginkan syariat Islam. Kerana, bacaan yang terkandung di dalam solat ada yang menjadi rukun di dalam sembahyang, apabila tidak sah bacaan rukun tersebut, tidak sah jugalah rukun qauli tersebut. Dan apabila tidak sah salah satu rukun daripada rukun sembahyang maka tidak sah jugalah sembahyang. Namun, syariat kita tidaklah memberati cara bacaan mestilah persis dan sempurna seperti lidah orang Arab, hanyalah jangan sampai lari makna bacaan kita dalam solat tersebut. Dan ini tak dapat tidak juga wajib mempelajarinya setakat yang di wajibkan syarak.


Kata Syeikh al-Darqawi dalam risalahnya kepada muridnya:

Jikalau engkau mengkehendaki perjalananmu di pendekkan supaya segera engkau sampai kepada tahkik atau mencapai kesedaran rohaniah, maka hendaklah engkau berpegang teguh kepada segala amalan yang fardhu dan kepada seagala amalan yang sunat. Pelajarilah ilmu zahir setakat yang tak dapat tidak (yakni fardhu ain) untuk beribadat kepada Allah, tetapi jangan belengah-lengah menghabiskan waktu padanya, kerana engkau tiada di kehendaki mempelajarinya secara mendalam, apa yang perlu bagimu ialah bahawa engkau memperdalami ilmu batin (ilmu selok belok hati atau ilmu jalan ke akhirat atau ilmu tasauf). Lawanlah hawa nafsumu, nescaya engkau kan melihat pelbagai keajaiban. Budi pekerti yang mulia tiada lain melainkan tasauf kaum sufi, sebagaimana ianya agama bagi orang yang berpegang kepada agama. “Semoga laknat Allah lah ke atas orang-orang yang berdusta.”

Wallahualam...


Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

khazanah islam

SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUBI. WAKIL TUHAN SEMENJAK 1400 HIJRAH


neocounter

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template