Kitab Rujukan : Mazhab/ Ikutan Orang sufi.


فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَى وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
“[90]
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.”- Al-Anbiyaa.
Orang-orang sufi yang paling terkenal dan agung walaubagaimanapun, berpendapat bahawa ada kemungkinan bagi seseorang wali itu, mengetahui kurniaan dan kemuliaan yang di beri Allah, kerana demikian itu dia akan bertambah-tambah syukurnya.
Ada dua jenis kewalian, pertama, hanya meninggalkan permusuhan terhadap Allah, dan ini memang umum pada semua orang-orang beriman. Ini tidak perlu seseorang mengetahui atau menyedarinya kerana telah umum di ketahui, seperti menurut ayat yang berbunyi “ orang-orang mukmin itu sahabat (wali Allah).”
Kedua, kewalian pilihan, dan ini perlulah bagi seseorang itu mengetahui dan menyedarinya. Apabila seseorang memiliki kewaliaan jenis ini, maka dia terpelihara oleh Allah daripada mengangkat dirinya sendiri, dan tidaklah dia sombong dan takbur lagi. Dia terpisah dari orang lain, dengan pengertian bahawa dia tidak lagi mementingkan hal orang lain, dan dengan itu orang-orang itu tidak menggodanya. Dia terpelihara daripada kesilapan yang ada pada tabiat manusia meskipun sifat-sifat kemanusian itu masih ada padanya. Oleh itu dia tidak mahu keseronokkan jiwanya lagi, yang menyebabkan dia tergoda dalam hal-hal keagamaan, meskipun kehendak tabie seperti bernafas dan tidur masih ada padanya. Inilah watak-watak khusus bagi kurniaan kewalian oleh Allah kepada manusia, dan jika seseorang itu ada watak-watak atau kewalian ini maka musuh syaitan tidak akan dapat menyentuhnya dan menyesatnya, kerana Allah berfirman :
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
“[42]
Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).” –Al-Hijr.
Walaubagaimanapun orang ini tidaklah terpelihara langsung dari melakukan dosa kecil atau besar, tetapi jika dia melakukan dosa itu, dia segera bertaubat..
Wallahualam..







