ALLAH TAALA MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DI KEHENDAKINYA

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

Ahad, 16 Oktober 2011

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan bertaubatlah sekalian kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, moga-moga kamu beruntung." An-Nur 31.


Langkah pertama untuk bertaubat

Langkah pertama untuk menjalankan taubat ialah menyesali diri atas kelalaian terhadap perintah Allah Taala dan terhadap larangannya, seraya mengikat keazaman untuk tidak kembali lagi kepada mengerjakan perkara-perkara yang di benci oleh Allah, serta sentiasa beristighfar dan memohon keampunan, mengembalikan segala hak orang yang dirampasnya sama ada secara aniaya mahupun tipudaya, mengaku cuai kepada Allah dan kepada orang yang empunya hak itu, sentiasa merasa takut, sedih dan bimbang, jika anda tidak lurus perjalanan dan tidak benar dalam taubat mu, merasa takut kalau taubat anda tidak diterima dan tidak merasa aman kalau Allah telah menyaksikan anda melakukan sesuatu yang dimurkaiNya, lalu Dia mengutuki mu.

Demikian diriwayatkan oleh Al-Hasan Al-Bishri, katanya “Aku tidak pernah merasa aman, jika Allah telah menyaksikan aku melakukan yang dibencinya lalu Dia berkata: buatlah sesuka hati mu, Aku tetap tidak akan mengampunimu.”

Suatu riwayat lain daripadanya juga berbunyi : “Aku takut kalau Allah melontarkan aku ke dalam neraka sedang Dia tidak peduli kepadaku.

Ada sebuah berita yang sampai kepada ku, bahawa setengah ulama bertemu dengan beberapa orang, lalu berkata : Sudahkah anda bertaubat?

Jawabnya : Sudah!

Tanya lagi : Di terima taubat anda?

Jawabnya : Aku tidak tahu.

Katanya lagi : Pergi buat lagi (bertaubat) sampai anda ketahui.

Ia lalu bermadah :Sedih orang yang kehilangan ayah akan berakhir sudahnya, tetapi malangnya sedih orang yang bertaubat tidak ada akhirnya.


Tanda-tanda benarnya taubat.

Di antara tandanya benar taubat seseorang hamba ialah dengan menjauhi teman dan taulan yang menyebabkan dia melalaikan perintah Allah Taala. Hendaklah dia melarikan diri dari mereka serta menganggap mereka itu sebagai musuh, sehingga mereka mengubah sikap dan menujukan diri semula kepada Allah Taala.

Demikianlah firman Allah Taala dalam hal ini :

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

“ Sahabat-sahabat pada hari itu, satu dengan yang lain bemusuh-musuhan, kecuali orang-orang yang bertaqwa” -Surah Al-Zukhruf ayat 67

Di antara tandanya benar taubat seseorang hamba lagi ialah, terhapusnya keinginan untuk membuat dosa daripada hati, dan mengingati diri agar tidak kembali kepada mengangan-angankan sesuatu yang pernah dia bertaubat daripadanya dahulu. Fiman Allah Taala:

وَذَرُوا ظَاهِرَ الْإِثْمِ وَبَاطِنَهُ

“Dan tinggalkanlah dosa yang terang dan dosa yang tersembunyi.”-Surah Al-An’am ayat 120.

Ketahuilah bahawasanya seseorang mukmin itu setelah memperbaiki dirinya dan setelah mendalam ilmu pengetahuannya terhadap zat Allah Taala, nescaya taubatnya akan menjadi lebih teliti dan kukuh. Bukankah Nabi S.A.W pernah bersabda :

“ sesungguhnya hatiku turut terkena godaan, sehingga aku memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali.”

Barangsiapa yang membersihkan hatinya dari segala macam dosa dan kekotoran sehingga nur menyerap ke dalam hati itu, maka tidaklah terlalu sukar baginya untuk menolak setiap bencana yang tersembunyi ketika hendak masuk ke dalam hati, ataupun apa yang menimpanya dari ketebalan hati, atau keinginan untuk menempuh sesuatu kesalahan, maka bolehlah dia segera bertaubat kepada Allah Taala sebelum dia melangkah untuk melakukannya.

-Abu Said Al-Kharraz. (Kitab Kebenaran)



Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

khazanah islam

SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUBI. WAKIL TUHAN SEMENJAK 1400 HIJRAH


neocounter

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template